Jumaat, 15 Jun 2012

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


Saya sedia defend kerusi Parlimen <b>Lubok Antu</b> - Utusan <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 16 May 2012 09:12 PM PDT


Caption: ADA BAKAT...Nyalau dan Rayong (belakang) ketika melakukan upacara Ngetas Ranyai bersempena dengan majlis itu di SK Nanga Menjuau kelmarin.
ENGKILILI, Isnin (7 Mei) - Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak tidak gentar untuk berhadapan dengan calon parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.
Beliau bersedia berbuat demikian jika diberi kepercayaan untuk mengibar semula bendera Barisan Nasional (BN) untuk berhadapan dengan calon dari Parti Pekerja Sarawak (SWP) atau Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Jentera pilihan raya saya di Parlimen Lubok Antu sudah bersedia untuk PRU13 ini. Dengan kata lain saya tidak gentar berhadapan dengan kehadiran mereka pada pilihan raya itu nanti," katanya.
Nyalau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Merarau (Makan Tengahari) Sekolah Kebangsaan (SK)  Nanga Menjuan 2012, di kawasan Ulu Skrang , Engkilili kelmarin.
Sementara itu Nyalau turut menasihatkan para pelajar di kawasan pedalaman agar melengkapkan diri dengan ilmu pendidikan secukupnya sebagai bekalan untuk mencari pekerjaan pada masa hadapan.
"Justeru jika ingin bekerja di bandar dan mendapat pekerjaan yang baik maka mereka lengkapkan diri masing-masing dengan ilmu pendidikan dengan secukupnya terlebih dahulu," katanya.
Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa, Guru Besar SK Nanga Menjuan, Morshidi @Morsidi Haji Serah dan ketua masyarakat di sini.
Nyalau menerusi majlis berkenaan telah pun mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM15,000 kepada Persatuan Ibubapa Dan Guru SK Nanga Menjuau, Ulu Skrang.
SK Menjuau yang mempunyai hanya 47 orang murid pada masa sekarang adalah merupakan sebuah sekolah yang terletak paling hujung dalam kawasan sepanjang sungai Ulu Skrang, Engkilili.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads