Ahad, 22 April 2012

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Lingga, <b>Sri Aman</b> Bakal Pengeluar Ikan Terubuk Terbesar <b>di Sarawak</b>

Posted: 17 Apr 2012 04:57 PM PDT

Ini berikutan penubuhan Pusat Penyelidikan Ikan Terubuk pertama di pekan Lingga
SRI AMAN: Lingga bakal menjadi pengeluar ikan terubuk terbesar di negeri ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim.
Menurutnya, ini berikutan sebuah Pusat Penyelidikan Ikan Terubuk yang pertama di Sarawak sedang dilaksanakan penubuhannya di pekan Lingga dan ia bakal menjadi pusat pengeluaran ikan terubuk terbesar di negeri ini.
"Dengan siapnya pusat penyelidikan ini nanti, saya percaya ia dapat menjadi sebuah tempat untuk menternak baka-baka ikan terubuk selain menjaga spesies ini yang menjadi ikon negeri Sarawak," ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas Sarawak (JASA) Bahagian Sri Aman di Rumah Sambau, Nanga Entulang dekat Sri Aman kelmarin.
Katanya, memandangkan populasi ikan terubuk kini semakin pupus, maka pengwujudan pusat penyelidikan berkenaan memang tepat pada masanya untuk mengkaji habitat dan mencari jalan untuk menjaga spesies ini agar tidak pupus.
"Saya percaya, selain tempat untuk membuat kajian dan mencari jalan menjaga spesies ikan terubok, tempat ini juga amat bersesuaian untuk menternak baka-baka ikan terubuk serta berpotensi menjadi pengeluaran ikan terubuk yang terbesar di negeri ini.
"Bukan setakat itu sahaja, pusat penyelidikan ini juga dapat menyediakan baka-baka ikan terubuk dan saya juga percaya, perairan di Lingga ini sememangnya sesuai untuk pembiakan spesies ikan terubuk ini," jelasnya.
Tambah Rohani lagi, seandainya pusat penyelidikan ikan terubuk itu siap dilaksanakan nanti, Lingga berpotensi menjadi pengeluar ikan terubuk di negeri ini.
Justeru, katanya Sarawak tidak perlu lagi mengimport ikan-ikan terubuk dari luar negara memandangkan kita sudah memiliki tempat penternakan ikan terubuk itu sendiri.
Menurut Rohani lagi, sebelum ini Sarawak telah mengimport terubuk dari India dan kini Sarawak bakal mempunyai terubuk tempatan iaitu terubuk dari Lingga.
"Daripada kita mengimport terubuk dari luar negara, alangkah lebih moleknya kita import sendiri ikan-ikan terubuk tempatan dari negeri kita sendiri," ujarnya.
Rohani berkata, dengan siapnya pusat penyelidikan itu nanti ia bukan sahaja sebagai tempat untuk menjaga spesies ikan terubuk malahan sebagai tarikan pelancong ke Lingga kerana Lingga kini popular dengan Pusat Penetasan Buaya di Pulau Seduku.
"Para pelancong yang berkunjung ke Lingga bukan sahaja ingin menyaksikan sendiri tempat Penyelidikan Ikan Terubuk malah para pelancong turut berpeluang berkunjung ke Pusat Penetasan Buaya di Pulau Seduku selain menyaksikan fenomena alam yang terkenal di Batang Lupar iaitu benak," katanya.
Hadir sama pada majlis berkenaan, Pengawai JASA Parlimen Batang Lupar Zaidel Ripin, Pengurus Dewan Suarah Sri Aman Nelson Jin Imam, Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga Bakthiar Mathan, ketua-ketua jabatan serta ketua-ketua masyarakat setempat.
Pada majlis yang sama, seramai 74 penduduk rumah panjang ini menyerahkan borang keahlian menyertai PBB yang disampaikan oleh Tuai Rumah Sambau kepada Rohani.
Dalam pada itu, Rohani turut merasmikan ranting PBB Rumah Sambau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads