Selasa, 24 April 2012

11 di saratok sarawak - Google Blog Search

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


Bekalan air bersih antara agenda utama <b>di Sarawak</b>. « yang saya <b>...</b>

Posted: 14 Apr 2012 09:11 AM PDT

ADA orang mengatakan adalah lebih baik tidak ada elektrik berbanding tidak ada air – terutama di kalangan penduduk bandar.

Itu menunjukkan kepentingan air sebagai keperluan utama manusia dalam menjalani kehidupan harian. Air untuk dimasak, membasuh pakaian, mandi dan digunakan untuk membersihkan anggota badan tertentu selepas membuang air besar atau kecil.

Air bersih merupakan air yang dirawat dan selamat untuk diminum.

Air amat penting untuk tubuh badan kita agar berfungsi dengan baik.

Kandungan air dalam otak ialah 74 peratus, otot 75 peratus, darah 82 peratus, tulang 22 peratus, gigi lima peratus, hati 69 peratus dan buah pinggang 82 peratus.

Manusia boleh hidup berminggu-minggu tanpa makanan, tetapi tanpa air, akan menyebabkan dehidrasi dan akan mati dalam masa beberapa hari sahaja.

Justeru, bekalan air bersih di Sarawak, dikatakan kerajaan akan bertindak segera untuk meningkatkan liputan bekalan air sehingga 90 peratus di negeri itu menjelang akhir 2012. Untuk tujuan itu sejumlah RM2 bilion diperuntukkan bagi kemudahan 60,000 isi rumah di Sarawak dan Sabah.

Siapa yang tidak gembira bila mendengar matlamat itu, dan mereka yang berkenaan akan bertambah girang apabila projek-projek tersebut akan dapat direalisasikan.

Usaha kerajaan dalam menyalurkan air bersih kepada setiap isi rumah terbukti dengan pelbagai usaha. Cuma untuk kawasan-kawasan yang belum menerima kemudahan ini, diharapkan bersabar kerana lambat laun ia akan sampai juga ke kawasan anda.

Ikuti laporan berita Utusan Borneo di bawah mengenai antara usaha kerajaan menyediakan bekalan air bersih kepada orang ramai.

Loji perawatan air terbesar di S'wak siap pertengahan 2013
Posted on April 2, 2012, Monday

SARATOK: Masalah bekalan air bersih membabitkan sekitar 10,000 penduduk di kawasan Saratok, Awik, Krian dan sekitarnya akan dapat diatasi pada pertengahan tahun depan.

Ini berikutan siapnya pembinaan loji perawatan air  terbesar di Sarawak yang terletak di kawasan Kaki Wong, Saratok dengan jumlah kos pembinaan sebanyak RM114 juta, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Katanya, loji berkenaan mampu menampung keperluan penduduk di sekitar kawasan Saratok hingga tahun 2025, khususnya yang melibatkan penduduk di kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman.

"Dalam projek ini, sebanyak RM34 juta adalah untuk pembinaan dan penyambungan paip ke kawasan rumah panjang serta kampung berhampiran.

"Setakat ini kerja penyambungan paip tersebut sudah berada pada tahap 20 peratus siap dan penyambung ke semua kawasan dijadualkan siap dilaksana pada penghujung tahun ini bersama pemasangan meter air yang turut ditanggung  kerajaan.

"Di kawasan Saratok ini sahaja, dari tahun 2010 hingga 2012, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM300 juta untuk fokus pembangunan daripada semua aspek kepada masyarakat khususnya yang melibatkan infrastruktur.

"Dalam projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di negeri Sarawak sahaja, selain membina loji perawatan air, kerajaan turut mengambil langkah mengagihkan beberapa barangan seperti Projek Pembekalan 'Lifesaver Jerrycan' (LJ) dan projek tangki air untuk penduduk luar bandar dengan kos berjumlah RM37 juta dan semua usaha ini adalah untuk memastikan rakyat mendapat kemudahan kesihatan yang terbaik," kata Shafie.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Ambrose Ambu, Lubok Kepayang, Awik Saratok, semalam.

Menurutnya, kepimpinan di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah benyak memberi keutamaan pembangunan yang melibatkan kawasan luar bandar.

"Melalui KKLW sahaja, Sabah dan Sarawak telah mendapat peruntukan yang paling besar berbanding negeri-negeri lain.

"Dalam jangka masa tiga tahun, bermula dari tahun ini, PM dalam pelan perancangannya telah memperuntukkan sebanyak RM5 bilion yang dikhaskan untuk pembangunan sahaja," katanya.

Tambahnya, semua usaha yang dijalankan ini menunjukkan bahawa kerajaan BN memang benar-benar berusaha untuk membantu rakyat di negara ini tidak kira di mana mereka berada untuk bersama menikmati hasil pembangunan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads