Khamis, 29 Mac 2012

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Kemenangan BN amat penting bagi meneruskan agenda <b>...</b>

Posted: 10 Mar 2012 01:31 PM PST

Posted on March 11, 2012, Sunday

TANJUNG BIJAT: Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13)  yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang amat penting bagi meneruskan agenda pembangunan di seluruh negara dan negeri ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan  Datuk Rohani Abdul Karim.

Menurutnya, kerajaan BN amat memerlukan sokongan rakyat bagi memastikan BN terus mengekalkan kemenangan pada PRU13 nanti.

"Oleh yang demikian, kita amat memerlukan sokongan rakyat memastikan BN mengulangi sejarah serupa seperti yang berlaku pada tahun 2008 dan tahun lepas," ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar berkata demikian ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak Bahagian Sri Aman di Rumah Muek, Tajor Ulu, Tanjung Bijat dekat Sri Aman kelmarin.

Kata Rohani, hanya kerajaan BN sahaja yang mampu membawa perubahan kepada rakyat di negeri ini dan setiap pembangunan yang dinikmati rakyat adalah daripada kerajaan BN bukan daripada pembangkang.

"Kerajaan BN tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap kebajikan serta kesusahan rakyat, begitu juga dengan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) turut membuktikan bahawa kerajaan BN tidak pernah memilih bulu.

"Semua yang kita lihat ini adalah bukti keprihatin kerajaan kepada rakyat dan kerajaan BN sentiasa bekerja untuk rakyat tanpa mengira waktu demi memastikan rakyat terus hidup sejahtera," tegasnya.

Dalam pada itu, Rohani turut mengingatkan rakyat di kawasannya yang permohonan BR1M mereka ditolak, bahawa mereka masih lagi berpeluang membuat rayuan sehingga 15 Mac ini.

"Kepada rakyat saya di kawasan Parlimen Batang Lupar ini serta di kawasan-kawasan Parlimen yang lain, anda masih lagi berpeluang membuat rayuan sehingga 15 Mac ini dengan mengisi borang rayuan yang boleh didapati di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri.

"Jangan sesekali anda terlepas mengisi borang rayuan terbabit sekiranya anda merasakan diri anda layak dan saya percaya masih ramai lagi rakyat yang ditolak permohonan mereka belum lagi mengisi borang rayuan tersebut," ujarnya.

Oleh itu, saya tidak mahu rakyat kita terlepas dari mengisi borang rayuan terbabit dan anda semua haruslah berbuat demikian sebelum 15 Mac ini.

Sementara itu, Pegawai Daerah Sri Aman Ismawie Salleh yang turut menyampaikan ucapan di majlis berkenaan turut mengingatkan tuai-tuai rumah agar sentiasa mendekatkan diri mereka dengan kerajaan.

Turut hadir Penolong Pengarah Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman Badin Unol, Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman Sharifah Ranimah Wan Hashim, Timbalan Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.23 Lingga Bakthiar Mathan, Timbalan Pengerusi JKKK Ginos Muek dan Setiausaha JKKK Tunsin Ringkai.

Pada majlis berkenaan, Rohani turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM 3,000 kepada JKKK Rumah Muek bagi tujuan menjalankan aktiviti sepanjang tahun mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads