Isnin, 12 Mac 2012

11 di bau sarawak - Google Blog Search

11 di bau sarawak - Google Blog Search


Kes Baru HFMD <b>Di Sarawak</b> Turun Kepada 49

Posted: 11 Mar 2012 12:56 AM PST

KUCHING — Jumlah kes baru penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) di Sarawak menurun secara mendadak kepada 49 kes hari ini daripada 103 semalam membawa kepada kes terkumpul yang dilaporkan setakat ini kepada 2,684.

Menurut kenyataan pejabat operasi HFMD Jabatan Kesihatan Sarawak di sini, penurunan itu dilaporkan di Kuching, Samarahan, Betong, Sarikei, Kapit, Bintulu dan Limbang.

Bagaimanapun, peningkatan dilaporkan di bahagian Sri Aman sahaja manakala di Mukah, Sibu dan Miri kekal seperti semalam.

Bilangan terkumpul kemasukan ialah 182, dengan 18 pesakit masih dirawat di Hospital Besar Sarawak di sini dan hospital-hospital lain di Miri, Sibu, Bau, Bintulu, Sarikei, Kapit dan Limbang tetapi tida kes demam yang serius.

Setakat ini, tiada kematian akibat HFMD dilaporkan.

Menurut kenyataan itu, jabatan itu menasihatkan orang ramai untuk sentiasa mengamalkan penjagaan kebersihan tangan termasuk kerap mencuci tangan bagi mencegah penyakit merebak.— BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads