Jumaat, 7 Oktober 2011

11 di limbang - Google Blog Search

11 di limbang - Google Blog Search


<b>Limbang</b> Destinasi Pelancongan Baru | <b>Di</b> Halaman <b>Limbang</b>….

Posted: 07 Oct 2011 03:22 PM PDT

"BOLEHKAH Limbang ni jadi pusat pelancongan yang menarik?" kata kawan aku yang masih tak dapat nak terima sikon yang ada di Limbang ini. Sebab, mungkin bagi kawan aku Limbang ni tak ada apa-apa nak dilihat tak seperti Miri(ambil contoh bandar yang hampir dengan Limbang), ada pantai, ada gua, ada banyak tempat membeli belah yang menarik dan pelbagai lagi tarikan bagi pelancong-pelancong dalam dan luar negara.

"Tapi di Limbang ni apa yang ada?" cetus kawan aku lagi. Aku lihat wajahnya macam mencari-cari apa yang menarik di Limbang ini. Boringlah di Limbang ni, semua tak ada. Jika dilihat usia kawan aku ni masih mentah lagi, masih dalam lingkungan 20′an. Aku fikir, budak muda sebegini biasanya memikirkan keseronokan dan kegembiraan serta benda-benda yang mengujakan naluri remaja.

Dengan seluar jeansnya yang lusuh, terlodeh sikit, menampakkan sikit seluar dalamnya berwarna merah menyala dengan jenama playboys. Yang mereka mahu seperti budak-budak muda sebegini, adanya tempat membeli-belah yang besar, ada pantai untuk mereka membawa kawan-kawan atau teman wanita, tempat permainan yang moden seperti di Sunway Lagoon dan yang bercirikan kebaratan.

Aku tak dapat nak salahkan mereka kerana mereka membesar dalam suasana  benda-benda ini wujud serta kemodenan dan pembangunan sedang subur. Dan pada zaman aku dulu pula, tak ada benda-benda macam ini. Aku rasa iatulah perbezaan yang menarik yang harus untuk aku gabungkan dalam pemikiran yang lama dan yang baru.

Mungkin perbezaan yang lebar begini boleh untuk kita fikirkan apa yang harus untuk Limbang wujudkan bagi mengenengahkan produk yang sesuai terutamanya dalam lapangan pelancongan yang boleh untuk Limbang mengambil dan merebut peluang. Seperti yang aku tahu dan cerita-cerita orang di sini, Limbang sebenarnya ada dan wujud tempat-tempat yang menarik boleh untuk kita lawati namun tiadanya promosi yang hebat dan meluas menyebabkan bandar Limbang tidak menjadi sasaran sebagai destinasi pelancongan.

Tempat-tempat yang menarik dan unik wujud di Limbang seperti kawasan berlumpur di Kampung Meritam, Bukit Buda di Ulu Medamit, perkampungan nelayan di Kampung Limpaku Pinang, lawatan ke kampung-kampung yang masih lagi mengekalkan ciri-ciri hidup  kekampungan seperti Kampung Pabahanan, Kampung Patiambun, Kampung Pahlawan, Kampung Medait, rumah panjang di Ulu Medamit dan kampung-kampung sepanjang sungai Limbang serta Kampung Seberang Kedai.

Dari tempat-tempat sebegini boleh diwujudkan pelbagai aktiviti yang menarik seperti homestay, mengenali kebudayaan tempatan(budaya Limbang berbeza dari bahagian-bahagian Sarawak yang lain kerana kacukan budaya dari Brunei, Sabah dan Sarawak), merentasi sungai Limbang menggunakan bot atau perahu untuk melihat perkampungan di sepanjang sungai Limbang, perkhidmatan perahu untuk memancing,melihat penduduk kampung menjalani kehidupan seharian seperti mengusahakan penangkapan ikan, udang, ketam, membuat produk hiliran dan produk kraftangan seperti tenunan, parang serta kraftangan yang lain.

Tempat-tempat menarik yang sudah dikenal pasti seperti Bukit Mas, pasar tamu, gerai uptown MARA(baru diwujudkan) air terjun Kampung Bakul, Muzium Limbang, Batu Danau dengan pesta Kerbau, dan beberapa lagi tempat yang menarik.

Keadaan sebeginilah yang akan merancak suasana ekonomi sesuatu tempat tapi perlu perancangan dan aturan yang sistematik serta kerjasama dari pihak-pihak yang terlibat. Mungkin keadaan sebeginilah yang boleh untuk menarik minat orang Limbang sendiri melabur "usin" mereka bagi pembangunan Limbang dan tarikan kepada pelancong-pelancong luar.

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


MAYA LISA !!: Jalan Jalan <b>Di Kuching Sarawak</b> ! [ Entri Bergambar ]

Posted: 03 Oct 2011 09:17 PM PDT

eksaited ni eksaited ni ! semalam maya pergi kuching dengan kawan kawan semua *5 orang je*. Kami ke Wisma Saberkas ngan The Spring. The Spring lebih kurang macam Mid Valley, cume tak penat jalan sangat. kalau kat MdV kat penat jalan, Maya dulu pernah pakai heels jalan kat MidV. Puiihh...bengot bengot jalan =,='
Ok ok. Itu MdV. Ini The Spring. Selama baru masuk alam U ni, tak pernah lagi menjengah kepala kura kura ke luar kampus. Jadi, bila ada yang ajak keluar, mau tak terjojol mata ni sebab eksaited nak keluar jenjalan. Huga huga. huga huga. *ehehe, korang jadi red indiannn sebab sebut huga huga*
berjimba bergonjeng semua dah pusing pusing dalam pale utak. Yeyeh yeyeh ^_^





Camwhoring terlebih. maaf lah.hikhik.  Maya jalan jalan sini, sambil beli hadiah buat peserta CONTEST MAYA sekali tau. untung lah korang sebab join. hadiah semua pos laju dari sini. *mahal tau post laju dari sarawak. kesian akuuu* tapi takpe, untuk korang. Maya okeh je. cecece ^__^

Lastly, kami makan piza baru ! Chunky Loaded namenye. Comellll dan sedap... Tak mahal, biasa je harganye. tapi gambar dalam menu nampak tebal, tapi bila makan nipis. aiyark =,=' tapi yang penting sedap puas hati. asalkan perut tersayang gembira. kan sayang kann ^____^
 yang penting, hari tu bessttt sangat !! 
tak membazir sangat lah ^_^
psst : lepas ni ada kuliah. maya nak baca nota. gutbai ! eh, mai la datang sarawak.

11 di miri sarawak - Google Blog Search

11 di miri sarawak - Google Blog Search


Hampir semua premis pajak gadai <b>di Miri</b> beroperasi secara haram <b>...</b>

Posted: 21 Sep 2011 05:31 PM PDT

Posted on September 22, 2011, Thursday

PERIKSA: Ng dan beberapa pegawainya memeriksa sebuah premis Pemberi Pinjam Wang di Miri, semalam.

MIRI: Hampir semua perniagaan pajak gadai yang terdapat di bahagian ini beroperasi secara haram dengan berselindungdi sebalik premis pemberi pinjaman wang dankedai emas.

Perkara itu didedahkan oleh Superintenden Ng Ah Lek dari Bahagian Pemberi Pinjam Wang (PPW) dan PemegangPajak Gadai (PPG) Kementerian Perumahan danKerajaan Tempatan (KPKT)ketika ditemui semasa melakukan operasi terhadap semua premis PPW dan kedaiemas di sini, semalam.

"Pun begitu, hasil operasi yang dilakukan sejak semalam(Selasa), kita dapati hanya sebuah premis pajak gadai dibandar raya ini yang beroperasi secara sah," katanya.

Sehubungan itu, kata beliau,pihaknya tidak akan teragak agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemilik premis yang beroperasi secara haram termasuk mendakwa mereka di mahkamah mengikut peruntukan Seksyen 7 (1) Akta Pajak Gadai 1972.Katanya, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripadaRM20,000 dan tidak melebihiRM100,000.

Justeru, kata Ng, bagi pemilik kedai emas ataupun PPW yang ingin menjalankan perniagaan pajak gadai, mereka harus mendapatkan lesen pajak gadai sah dan bukannya menggunakan lesen perniagaan sedia ada.Sementara itu, menurut Ng,banyak permohonan untuk mendapatkan lesen paja kgadai telah pun diluluskan,namun belum dikeluarkan.

"Setakat ini, banyak permohonan untuk mendapatkan lesen pajak gadai telah diluluskan,namun belum dikeluarkan keranakita mahu mereka mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan sebelum lesen diberikan kepada mereka," jelasnya.

Pada masa sama, Ng memberikan amaran keras kepada semua syarikat PPW agar mendapatkan lesen sah dan sentiasamem perbaharui lesen yang telah tamat tempoh atau berdepan tindakan mahkamah.

"Dalam operasi yang bermulasemalam (Selasa), beberapapremis PPW didapati telahberoperasi tanpa lesen danlesen tamat tempoh.

Kita telah mengambil tindakan terhadap mereka dengan membawa kes ke mahkamah," katanya sambil memberitahu terdapat tidak kurang daripada 80 premis PPW di bahagian ini.

Bagi kesalahan itu, katanya,mereka boleh didakwa mengikut Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang memperuntukkan denda tidak kurang daripada RM250,000dan tidak melebihi RM1 juta.

11 di subis sarawak - Google Blog Search

11 di subis sarawak - Google Blog Search


SALAM TERIMA KASIH… Tan Sri Jabu bersalaman bersama masyarakat <b>...</b>

Posted: 30 Apr 2011 05:50 PM PDT



SALAM TERIMA KASIH… Tan Sri Jabu bersalaman bersama masyarakat kawasan Mukah yang hadir memeriahkan Majlis Merai Kemenangan Barisan Nasional Pada Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-10 di Dataran Pehin Setia Raja Mukah malam tadi.

KEMENANGAN BARISAN NASIONAL

BUKTI SOKONGAN RAKYAT

UTUSAN SIBUTI (Mukah) - Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-10 lepas membuktikan kepimpinan Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud disokong kuat oleh rakyat untuk terus menajui Sarawak.

Kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang pada Majlis Merai Kemenangan Barisan Nasional Pada Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-10 di Dataran Pehin Setia Raja Mukah pada malam 29 April 2011 .

Katanya, dengan kerja keras semua jentera BN bersama ahli-ahli komponen partinya seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) telah menjayakan BN menang besar pada pilihan raya lepas.

"Pada pilihan raya yang tamat malam 16 April lepas bahawa kita BN telah menang sebanyak 55 kerusi dengan peratusan berjumlah 77.5 peratus daripada 71 kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) yang ditandingkan.

"Kemenangan ini telah membawa kita BN sekali lagi diberi mandate untuk merajui kerajaan negeri berdasarkan Politik Pembangunan mentranformasikan rakyat ke arah penpencapaian ekonomi berpendapatan tinggi selaras dengan Gagasan 1Malaysia", jelasnya.

Di Sarawak, trend politik yang ganas dan budaya samseng yang diperkenalkan oleh parti pembangkang telah ditolak oleh rakyat seluruh Bumi Kenyalang yang mementingkan keamanan, ketenteraman, kestabilan dan keharmonian.

Justeru untuk memperkasakan parti BN Sarawak sangat diharap teruskan kerja keras dan mesti memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat menjalankan tugas iaitu Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Turut hadir pada majlis ini ialah Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan isteri, Presiden SUPP Datuk Patinggi George Chan, Presiden PRS James Masing dan wakil Presiden SPDP Datuk Peter Nansian serta ADUN-ADUN BN Sarawak.

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


Jenama politik DAP tidak mudah diterima penduduk luar bandar <b>...</b>

Posted: 26 Sep 2011 08:39 PM PDT

Posted on September 27, 2011, Tuesday

SIBU: DAP tidak akan pergi jauh ke kawasan luar bandar untuk memperluas dan mengukuhkan sokongan bagi mencapai hasratnya mengambil alih kerajaan negeri, kata Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri James Masing.

Beliau berkata ini kerana isu-isu yang dibangkitkan kebanya-kan berpusat di bandar di samping DAP tidak mampu menghadapi cabaran ke kawasan luar bandar atas faktor geografi.

"Jenama politik DAP, saya fikir tidak mudah diterima oleh kebanyakan penduduk luar bandar. Ini juga kerana kebanyakannya adalah berdasarkan tuduhan, tidak benar dan kritikan," katanya kepada Bernama di sini semalam.

"Adalah senang untuk mengkritik… jadi sangat mudah tetapi mencari penyelesaian sangat susah. Hanya kerajaan pada hari ini yang ada penyelesaian kerana kita ada pihak berkuasa untuk lakukan.

"Walau apa pun keputusan Pilihan Raya Negeri lepas hendaklah sebagai petunjuk di mana pada amnya penduduk kawasan luar bandar di Sarawak menolak pembangkang," kata beliau.

DAP Sarawak baru-baru ini menubuhkan sebuah jawatankuasa sementara di Kanowit dan berhasrat untuk ke Kapit dan bandar di kawasan luar bandar.

Masing yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Baleh di Kapit berkata ia mungkin mampu menarik beberapa cendekiawan Dayak yang pada dasarnya mengkritik kerajaan tetapi ramai lagi intelektual dengan Barisan Nasional (BN).

Mengenai persediaan PRS pada Pilihan Raya Umum akan datang, katanya beliau telah melawat Sri Aman, Lubok Antu dan Julau untuk mendapatkan pandangan lapangan terhadap wakil rakyat sekarang di kawasan pilihan raya itu.

"Dari mood mereka, saya boleh bayangkan PRS mampu mengekalkan semua kerusi itu.

Tetapi pastinya kita masih terlalu awal dan kita akan lihat apa akan berlaku sebelum saya buat cadangan terakhir.

"Saya setakat ini agak puas hati dengan pencapaian wakil rakyat kita William Nyalau Badak di Lubok Antu, Mesir Kujat di Sri Aman dan Datuk Joseph Salang di Julau," katanya.

Masing dijadual melawat kawasan pilihan raya yang dipegang PRS iaitu Kanowit, Selangau dan Hulu Rajang tidak lama lagi. — Bernama

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


Kerja Kosong <b>di</b> Suruhanjaya Perkhidmatan Awam <b>Negeri Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 27 Sep 2011 07:31 AM PDT

Kerja Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak
Adalah dimaklumkan bahawa mulai tahun 2011, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri akan memperkenalkan Sistem Pengambilan Sepanjang Masa menggunakan Sistem e-Recruitment. Pemohon dipelawa untuk memohon lima (5) jawatan yang diminati dan permohonan tersebut akan sah untuk tempoh satu (1) tahun daripada tarikh permohonan. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (dan agensi-agensi pengguna lain) akan menyenarai tapis permohonan apabila terdapat kekosongan jawatan tersebut pada bila-bila masa dalam tahun tersebut.

No. Nombor Iklan Jawatan Tarikh Tutup
1. S99B2011 TUKANG K2 (TUKANG LETRIK) 31-12-2011
2. S99A2011 PEGAWAI KEBUDAYAAN B17 31-12-2011
3. S98B2011 TUKANG K2 (TUKANG BESI) 31-12-2011
4. S98A2011 PEMBANTU LAUT 31-12-2011
5. S97B2011 TUKANG K2 (TUKANG LETRIK KERETA MOTOR) 31-12-2011
6. S97A2011 PENOLONG AKAUNTAN 31-12-2011
7. S96B2011 TUKANG K2 (TUKANG KIMPAL/PENGIMPAL) 31-12-2011
8. S96A2011 PENOLONG JURUAUDIT 31-12-2011
9. S95B2011 TUKANG K2 (JURUGEGAS/TUKANG LARIK) 31-12-2011
10. S95A2011 PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN 31-12-2011
11. S94B2011 TUKANG K2 (MEKANIK JENTERA) 31-12-2011
12. S94A2011 PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN 31-12-2011
13. S93B2011 TUKANG K2 (MEKANIK KERETA MOTOR) 31-12-2011
14. S93A2011 JURURAWAT 31-12-2011
15. S92B2011 TUKANG K2 (MEKANIKAL) 31-12-2011
16. S92A2011 PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN 31-12-2011
17. S91B2011 TUKANG K2 (JURUGEGAS JENTERA) 31-12-2011
18. S91A2011 PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN 31-12-2011
19. S90B2011 TUKANG K2 (MEKANIK MOTOR SANGKUT) 31-12-2011
20. S90A2011 PENOLONG PEGAWAI ARKIB 31-12-2011
21. S89B2011 PEKERJA AWAM (PENARIK RANTAI) 31-12-2011
22. S89A2011 PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA) 31-12-2011
23. S88B2011 PEKERJA AWAM (TUKANG SAPU) 31-12-2011
24. S88A2011 PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (PENOLONG PENYELIDIK SOSIO EKONOMI) 31-12-2011
25. S87B2011 PEKERJA AWAM (TUKANG KEBUN) 31-12-2011
26. S87A2011 PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (PENYELIA SEKOLAH AGAMA) 31-12-2011
27. S86B2011 PEKERJA AWAM (PENGUATKUASA) 31-12-2011
28. S86A2011 PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM 31-12-2011
29. S85B2011 PEKERJA AWAM (PENTADBIRAN) 31-12-2011
30. S85A2011 PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT 31-12-2011
31. S84B2011 PEKERJA AWAM (SURVEI) 31-12-2011
32. S84A2011 PENOLONG KURATOR 31-12-2011
33. S83B2011 PEKERJA AWAM (PENJAGA PINTU TALI AIR) 31-12-2011
34. S83A2011 PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN 31-12-2011
35. S82B2011 PEKERJA AWAM (MANDOR) 31-12-2011
36. S82A2011 PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK 31-12-2011
37. S81B2011 PEKERJA AWAM (AMAH) 31-12-2011
38. S81A2011 PENOLONG PEGAWAI TANAH NT31 31-12-2011
39. S80B2011 PEKERJA AWAM (DREBAR ENJIN MOTOR SANGKUT) 31-12-2011
40. S80A2011 SETIAUSAHA PEJABAT 31-12-2011
41. S79B2011 PEKERJA AWAM (BURUH) 31-12-2011
42. S79A2011 PENOLONG PEGAWAI TADBIR 31-12-2011
43. S78B2011 PEKERJA AWAM (PEMBERSIH PEJABAT) 31-12-2011
44. S78A2011 PENOLONG PEGAWAI TADBIR TANAH 31-12-2011
45. S77B2011 PEMBANTU MEKANIK 31-12-2011
46. S77A2011 PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA (PENOLONG PENGUATKUASA SYARIE) 31-12-2011
47. S76B2011 PEMBANTU TUKANG KIMPAL 31-12-2011
48. S76A2011 PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA 31-12-2011
49. S75B2011 PEMBANTU JURUGEGAS PAIP 31-12-2011
50. S75A2011 PENOLONG PEGAWAI PERANGKAAN 31-12-2011
51. S74B2011 PEMBANTU JURULETRIK AUTO 31-12-2011
52. S74A2011 PENOLONG PEGAWAI PENERBITAN 31-12-2011
53. S73B2011 PEMBANTU TUKANG KAYU 31-12-2011
54. S73A2011 PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL 31-12-2011
55. S72B2011 PEMBANTU TUKANG BESI 31-12-2011
56. S72A2011 PENOLONG PEGAWAI SYARIAH 31-12-2011
57. S71B2011 PEKERJA AWAM 31-12-2011
58. S71A2011 PEMBANTU UNDANG-UNDANG 31-12-2011
59. S70B2011 PEMBANTU TUKANG LETRIK 31-12-2011
60. S70A2011 PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN 31-12-2011
61. S69B2011 PEMBANTU PEMASANG/PENYAMBUNG 31-12-2011
62. S69A2011 PENGAJAR 31-12-2011
63. S68B2011 PEMBANTU TUKANG BATU 31-12-2011
64. S68A2011 PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA 31-12-2011
65. S67B2011 PENGHANTAR NOTIS 31-12-2011
66. S67A2011 PENOLONG JURUTERA (MEKANIKAL) 31-12-2011
67. S66B2011 PENYELAMAT 31-12-2011
68. S66A2011 PENOLONG JURUTERA (LETRIK) 31-12-2011
69. S65B2011 TUKANG MASAK 31-12-2011
70. S65A2011 PENOLONG JURUTERA (AWAM) 31-12-2011
71. S64B2011 PEMBANTU AM RENDAH (ATENDAN UKUR TANAH) 31-12-2011
72. S64A2011 PENOLONG PEGAWAI SENIBINA 31-12-2011
73. S63B2011 PEMBANTU AM RENDAH (ATENDAN PERPUSTAKAAN) 31-12-2011
74. S63A2011 PEMBANTU TEKNIK UKUR 31-12-2011
75. S62B2011 PEMBANTU AM RENDAH (PENGHANTAR SAMAN) 31-12-2011
76. S62A2011 PENOLONG JURUUKUR BAHAN 31-12-2011
77. S61B2011 PEMBANTU AM RENDAH (WAKIL HULU SUNGAI) 31-12-2011
78. S61A2011 PENOLONG JURUTERA 31-12-2011
79. S60B2011 PEMBANTU AM RENDAH (ATENDAN PEJABAT) 31-12-2011
80. S60A2011 PENOLONG PEGAWAI PERIKANAN 31-12-2011
81. S59B2011 PEMBANTU AM RENDAH 31-12-2011
82. S59A2011 PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN 31-12-2011
83. S58B2011 PENGAWAL KESELAMATAN 31-12-2011
84. S58A2011 PENOLONG PEMELIHARA HUTAN 31-12-2011
85. S57B2011 PENGAWAS HUTAN 31-12-2011
86. S57A2011 PENOLONG PEGAWAI HIDUPAN LIAR 31-12-2011
87. S56B2011 AHLI FOTOGRAFI B11 31-12-2011
88. S56A2011 PENOLONG PEGAWAI VETERINAR 31-12-2011
89. S55I2011 PEMBANTU AKAUNTAN 31-12-2011
90. S55B2011 DREBAR INJIN 31-12-2011
91. S55A2011 PENOLONG PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT 31-12-2011
92. S54B2011 PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) 31-12-2011
93. S54A2011 PEG. PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (GURU SEKOLAH RENDAH AGAMA) 31-12-2011
94. S53B2011 PEMBANTU AKAUNTAN 31-12-2011
95. S53A2011 PEG. PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (GURU BESAR SEKOLAH RENDAH AGAMA) 31-12-2011
96. S52B2011 PEMBANTU PENILAIAN 31-12-2011
97. S52A2011 PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA 31-12-2011
98. S51B2011 PEMBANTU KESIHATAN AWAM 31-12-2011
99. S51A2011 PENOLONG PEGAWAI SAINS 31-12-2011
100. S50B2011 JURURAWAT DESA 31-12-2011

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN MEMOHON

Tarikh Tutup Permohonan: 31 Disember 2011

Kerja Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak

Tag :

Jawatan Kosong Di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah

Your research for the job interview preparation should give you a better insight on:
http://info-jawatan-kerajaan.blogspot.com/2011/04/jawatan-kosong-di-suruhanjaya_3563.html

 Jawatan Kosong Di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak

Dapatkan maklumat terkini jawatan kosong kerajaan terus ke email anda . Sila masukkan nama dan email anda di borang ini
http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-suruhanjaya-perkhidmatan-awam-negeri-sarawak

 Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor

Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) - *Job Vacancy - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)* *Closing Date - 30 May 2011 ...
http://portal-kerja.blogspot.com/2011/03/jawatan-kosong-suruhanjaya-perkhidmatan.html

 JOM CARI KERJA JAWATAN KOSONG DI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia. Keutamaan kepada Anak Negeri Selangor. JAWATAN :-PELBAGAI JAWATAN KOSONG Maklumat Lanjut : http://spn.selangor.gov.my (LIHAT ...
http://kerjakosong-terkini.blogspot.com/2009/06/jawatan-kosong-di-suruhanjaya.html

 Iklan Jawatan Kosong Kerja Kosong Kerajaan Job Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) mempelawa rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong di SPANS
http://cari-pekerjaan.com/2010/10/20/iklan-jawatan-kosong-kerja-kosong-kerajaan-job-malaysia-suruhanjaya-perkhidmatan-awam-negeri-sabah-spans/

 Senarai Website Pekerjaan Kerja Kosong Di Malaysia List

Senarai Website Pekerjaan / kerja Kosong Di Malaysia ( List Recruitment Website And Vacancy In Malaysia ) - Lists Recruitment Agency ( senarai agesi pekerjaan )
http://jobs.buddysurvey4u.com/

 JOM CARI KERJA JAWATAN KOSONG DI SURUHANJAYA AWAM NEGERI KEDAH

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia. (Keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Kedah Darul Aman) JAWATAN:-PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM-PEGAWAI SYARIAH (SULH)
http://kerjakosong-terkini.blogspot.com/2009/05/jawatan-kosong-di-suruhanjaya-awam.html

 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak

Mengenai SPANS : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) telah diwujudkan dalam tahun 1961 di bawah The Sarawak (Public Service Commission) Order ...
http://www.psc.sarawak.gov.my/

 JobsMalaysia 2011 2012 Jawatan Kosong Kerajaan 2011

Iklan Terkini Jawatan Kosong Kerajaan 2011, Jawatan Kosong Kerajaan 2012, Kerja Kosong 2011, Jobsmalaysia 2011, Jobs In Malaysia, Borang Jawatan Kosong, Temuduga Terbuka ...
http://www.mykerjakosong.com/2010/10/jawatan-kosong-suruhanjaya-perkhidmatan.html

 Jawatan Kerja Kosong Kerajaan Job Malaysia Suruhanjaya

dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Johor.
http://cari-pekerjaan.com/2011/07/25/iklan-jawatan-kosong-kerja-kosong-kerajaan-job-malaysia-suruhanjaya-perkhidmatan-awam-negeri-johor/

 

ads