Sabtu, 17 September 2011

11 di bau sarawak - Google Blog Search

11 di bau sarawak - Google Blog Search


Dr Tiki enggan jawab soalan politik | BorneoPost Online | Borneo <b>...</b>

Posted: 14 Sep 2011 07:06 PM PDT

Posted on September 15, 2011, Thursday

KUCHING: Ahli Parlimen Mas Gading Datuk Dr Tiki Lafe enggan menjawab soalan berkaitan politik terutama tentang isu mempertahankan kerusi yang disandangnya pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Ketika dihubungi semalam beliau sekadar memaklumkan bahawa pada masa itu (ketika dihubungi) beliau sedang menghadiri satu mesyuarat yang tidak diketahui di mana dan mengenai apa.

Dr Tiki yang merupakan seorang daripada lima wakil rakyat Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) dirujuk ke Jawatankuasa Disiplin parti dikatakan mengadakan sidang media di Bau pada jam 2 petang semalam.

"Mana ada (sidang media)… tengah bermesyuarat sekarang," katanya yang enggan mengulas lanjut.

Kelmarin, Presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom berkata Dr Tiki yang juga Naib Presiden SPDP belum menyatakan keputusan sama ada akan bertanding semula mempertahankan kerusi tersebut pada PRU kelak.

SPDP menerusi mesyuarat Majlis Tertinggi kelmarin mencapai kesepakatan untuk mencalonkan semula Ahli Parlimen Baram Datuk Jacob Dungau Sagan, Ahli Parlimen Saratok Jelaing Mersat dan Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing pada PRU.

Dr Tiki menang di Mas Gading pada PRU 1999, 2004 dan 2008, dan semua membabitkan musuh politik tradisinya Dr Patau Rubis.

Beliau dilantik menjadi Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah pada 2004, tetapi tidak dilantik semula pada 2008 yakni selepas PRU 2008.

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


Beberapa laluan utama <b>di Kuching</b> ditutup sempena <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 12 Sep 2011 07:05 PM PDT

Posted on September 13, 2011, Tuesday

TEMASYA BERPRESTIJ: (dari kiri) Hanifah, Mun, Paul, Rahman dan Basheer (kanan) selepas selesai sesi sidang media di Pejabat Residen Kuching, di sini semalam.

KUCHING: Beberapa laluan di sekitar bandar raya ini akan ditutup secara berperingkat mulai 15 hingga 18 September ini bagi mengelakkan kesesakan sempena berlangsungnya Sarawak Regatta 2011.

Laluan-laluan yang akan ditutup mengikut masa yang ditetapkan ialah Jalan Market/ Jalan Gambier/ Jalan Power (6 pagi – 12 malam), Jalan Wayang/ Jalan Main Bazaar (6 pagi – 6 petang), Jalan Khoo Hun Yeang (hadapan Balai Polis Central) (6 pagi – 12 malam) dan Lorong Dock / Jalan Lebuh Java (6 pagi – 6 petang).

Sementara itu, orang ramai dibenarkan meletakkan kenderaan di bangunan Saujana di Jalan Masjid, bangunan Medan Pelita di Jalan Lebuh Temple, Reservior Park dan Dewan Suarah di Jalan Budaya.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah ACP Mun Kok Keong mengingatkan orang awam agar tidak meletak kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan, mematuhi peraturan lalu lintas dan arahan pihak polis dari semasa ke semasa.

"Sebarang tindakan melanggar peraturan akan disaman dan kenderaan akan ditunda.

"Orang awam juga disarankan supaya berkongsi kereta bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas," katanya dalam sidang media di Pejabat Residen Kuching, di sini semalam.

Orang awam yang tidak terlibat atau tidak berhasrat untuk mengunjungi Sarawak Regata 2011 juga dinasihatkan agar tidak menggunakan laluan-laluan yang ditutup seperti yang dinyatakan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Elakkan daripada menggunakan Jalan Mc Dougall (kedua-dua hala) kerana jalan tersebut akan digunakan sebagai tempat letak kenderaan para petugas regatta dan laluan tersebut turut dijangka mengalami kesesakan lalu lintas.

"Orang awam adalah dinasihatkan agar memastikan kenderaan dalam keadaan berkunci dan tidak meninggalkan barangan berharga seperti komputer riba, telefon bimbit, kamera dan sebagainya di dalam kenderaan bagi mengelak kejadian jenayah berlaku," kata Mun.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan ibu bapa yang membawa bersama anak-anak supaya sentiasa peka dan memastikan keselamatan anak-anak tanpa membiarkan mereka berjalan sendirian.

Sekiranya berlaku kejadian kehilangan anak-anak, laporan polis boleh dibuat di pondok polis yang ditempatkan di Jalan Main Bazaar (berdekatan Muzium Cina), Jalan Gambier (berdekatan Square Tower) dan di Balai Polis pelancong dari jam 7 pagi hingga 11 malam.

Selepas jam 11 malam, laporan hendaklah dibuat di Balai Polis Sentral.

Sarawak Regatta 2011 akan diadakan di Tebingan Kuching pada 15 hingga 18 September ini, dengan 48 acara akan dipertandingkan dalam tempoh empat hari itu.

Upacara perasmiannya dijangka disempurnakan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 17 September sementara penutupannya pada 18 September akan disempurnakan oleh TYT Yang Di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin.

Hadir sama dalam sidang media tersebut ialah Residen Kuching Abdul Rahman Sebli Senusi, Pengarah Acara Wakeboard World Cup, Hanifah Yoong, Ketua Bahagian Pelesenan DBKU Basheer Ahmed dan Setiausaha Sarawak Regatta 2011 Paul Kawin.

Catz&#39;s Cafe: Kisah Ramadhan 1: Ramadhan <b>di Kuching Sarawak</b>

Posted: 11 Sep 2011 08:00 AM PDT




salam,

sedikit catatan pengalaman saya berda di Kuching , Sarawak pada awal ramadhan yang lalu.
ye, hari pertama puasa , saya sudah berada di Kuching. Stay di Grand Margharita, Kuching merupakan satu pengalaman menarik. Sudah beberapa kali ke Kuching tapi pertama kali menginap di sini. Hotel terletak di tebing Sungai Sarawak. tarik langsir, nampak pemandangan indah menghadap sungai. Boleh nampak sampan-sampan kecil menyeberang sungai , nampak pemandangan seberang sungai, apatah lagi pandangan waktu senja. menarik.


Catz sempat jalan-jalan lepas habis kerja. menyusuri water front , menikmati matahari petang dan melihat matahari terbenam.
bot pelancong
Subhanallah..indah sungguh. dari lensa kamera kecil saya.
Saya berkesempatan menikmati laksa sarawak yang enak di sebuah restoran berhampiran hotel ketika berbuka puasa seorang diri.
laksa sarawak

sahur..room service.

naik sampan 5 minit dah sampai seberang


lebih kurang je macam tempat kita except kuih ada yang tak pernah jumpa..
saya berjalan-jalan juga di bazar depan waterfront..

jalan-jalan, tengok cenderahati..beli few things..
keesokan harinya, balik kerja, pi jalan kebazar Ramadhan lain pula di Semarak.

dekat sini sangatttt meriah!

ada kuih tongkol, celorot..etc..hahaha..lupa. aku beli sikit-sikit campur-campur sebab nak rasa.
ehem...lupa lah nama kuih ni...


terdapat pelbagai jualan lauk-pauk. dan yang femes di Sarawak ni semestinya lah umai.
umai udang
meriahhhh...
laksa sarawak
murtabak...hem...kat sini murtabak bulat-bulat..
my fav gerai..dua hari berturut aku beli mee goreng dekat sini, bawa makan dekat masjid.


oh..antara makanan paling famous ialah tapai madu..
saya berkesempatan berbuka puasa dengan penduduk tempatan di sini, di sebuah masjid. Tak jauh dari bazar ramadhan itu.

juadahnya cukup sederhana,tapi i was sooo happy to join them..kuih muih, bubur lambuk dan kemudian solat maghrib berjemaah.
oh ya..sini buka cepat...hehehe..6.50 dah buka puasa.. :). merasa lah...dulu selaluuuu je rasa jeles.bila kat sini, xdelah rasa excited sngat..hehehee...

oh ya..kalau di tempat kita time puasa jalan jammm luar biasa kan? kat sini pun sama u ols...jem di mana-mana. letihhh..

ho....mestilah carik kek lapis kan...seberang sungai, waterfront etc...cari kek lapis...


ni kat bazar depan waterfront...celah2 lorong tu

seberang sungai

Tata kuching...
overall nice experience...
will continue on food..
hik...makan aja kannn...

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Tribunal Tuntutan Pengguna Buka Cawangan <b>Di Sri Aman</b> <b>...</b>

Posted: 25 Jul 2011 05:45 AM PDT

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) perlu mengundang media untuk meliputi proses tuntutan pengguna kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Datuk Hajah Rohani Abdul Karim.
"Siaran media akan meningkatkan kesedaran pengguna tentang hak mereka dengan adanya liputan terhadap proses tuntutan pengguna menerusi TTPM," katanya  selepas merasmikan Majlis Pelancaran TTPM di cawangan Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman.
Selain itu pengguna kata Rohani juga boleh mendaftar dan menfailkan tuntutan mereka dengan menggunakan Khidmat Pesanan Ringkas atau SMS tanpa memerlukan kehadiran mereka ke kaunter TTPM atau menggunakan internet selepas ini.
Pengguna kata Rohani hanya perlu menaip TTPM (nombor kad pengenalan) (Nama Penuh) (Alamat Penuh) (Tuntutan) dan sms ke nombor 15888 untuk tindakan yang seterusnya.
"Bagaimanapun saya berharap agar pembukaan TTPM di Sri Aman akan memudahkan pengguna dari kawasan Sri Aman, Lubok Antu, Sebuyau, Betong dan Saratok untuk menfailkan tuntutan di sini dari masa ke semasa," katanya.
Hadir sama ialah Pengerusi TTPM, Pretam Singh Darshan Singh, wakil Pengarah Pejabat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Sarawak, Arfazheel Amsir, Timbalan Residen Sri Aman, Felicia Tan, para pegawai kerajaan dan penduduk di sini.
TTPM kini mempunyai 10 buah cawangan baru bagi tahun 2011 antaranya ialah di Batu Pahat (Johor), Muar (Johor), Port Dickson (Negeri Sembilan),Taiping (Perak), Seri Manjung (Perak), Kulim (Kedah), Gombal (Selangor), Kuala Kubu Baru (Selangor), Keningau (Sabah) dan Sri Aman (Sarawak).

11 di miri sarawak - Google Blog Search

11 di miri sarawak - Google Blog Search


Beberapa jalan <b>di Miri</b> ditutup | BorneoPost Online | Borneo <b>...</b>

Posted: 14 Sep 2011 07:10 PM PDT

Posted on September 15, 2011, Thursday

MIRI: Beberapa jalan di bandar raya ini akan ditutup pada petang hingga tengah malam ini (15 September ).

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Miri ASP Zamry Alli berkata jalan yang terlibat adalah dari lampu isyarat berhampiran Hotel Mega hingga ke kedai Bata di Jalan North Yu Seng di sini.

Menurut beliau, penutupan jalan berkenaan adalah untuk memastikan kelancaran sambutan 1Malaysia Miri Street Festival 2011 yang akan berlangsung di sepanjang Jalan North Yu Seng  mulai jam 6 petang hingga 12 tengah malam.

"Penutupan ini akan berkuat kuasa mulai jam 4 petang hingga acara tamat pada tengah malamnya," katanya.

Sehubungan itu katanya, semua pengguna jalan raya di bandar raya ini adalah dinasihati menggunakan laluan alternatif yang lain bagi mengelak kesesakan di kawasan berkenaan.

200 dijangka sertai golf amatur <b>di Miri</b> | BorneoPost Online | Borneo <b>...</b>

Posted: 14 Sep 2011 06:50 PM PDT

Posted on September 15, 2011, Thursday

MIRI: Seramai 200 peserta dijangka menyertai Kejohanan Golf Amatur Ke-23 yang akan berlangsung dari 16 hingga 18 September ini.

Kejohanan yang akan diadakan di Kelab Golf Miri (KGM) bukan sahaja disertai oleh pemain golf tempatan, malah turut diserikan oleh penyertaan pemain dari negara, Brunei Darussalam.

Para peserta terbabit akan merebut Piala Pusingan Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan dalam acara 54 lubang gross.

Pengarah kejohanan, Ivan Pui berkata, 36 orang daripada peserta adalah wanita.

"Terdapat beberapa peserta wanita yang berbakat daripada KGM dan Persatuan Golf Wanita Malaysia (MALGA) akan berentap pada kejohanan kali ini.

"Selain itu, juara bertahan dari Kelab Golf Sibu, Lee Ka Tung akan mengambil bahagian untuk mempertahankan kejuaraannya," ujar beliau semalam selepas majlis penyerahan kunci kereta daripada penaja kepada Kapten KGM Kaunselor Dr Philip Raja.

Katanya, antara hadiah menarik yang menanti pemenang ialah sebuah kereta BMW 320i yang ditaja oleh Sarku Engineering Services Sdn Bhd dan Proton Exora yang ditaja oleh Tan Sri Datuk Jimmy Lau bagi pemenang 'hole-in-one.'a

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


RM424,000 MRP diagih kepada 49 JKKK, Biro Wanita | BorneoPost <b>...</b>

Posted: 14 Sep 2011 07:17 PM PDT

Posted on September 15, 2011, Thursday

LUBOK ANTU: Sejumlah RM424,000 peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) telah diagihkan kepada 49 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Biro Wanita di kawasan pilihan raya Lubok Antu buat kali kedua bulan ini.

Kesemua RM424,000 itu merupakan peruntukan MRP daripada Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak yang diagih kepada JKKK dan Biro Wanita di kawasan itu bagi tujuan pembangunan kampung atau rumah panjang masing-masing di kawasan pilihan rayanya.

Daripada jumlah itu, sejumlah RM128,000 MRP telah diserahkan Nyalau kepada 19 JKKK dan Biro Wanita di Lubok Antu sempena majlis yang diadakan di Rumah Agat, Setapang, Lubok Antu pada 6 September lalu.

Manakala RM296,000 disampaikan Nyalau kepada 37 JKKK dan Biro Wanita di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dengan kerjasama JKKK di Rumah Jamit Jemat, Pudai, Lubok Antu, di sini, semalam.

Beliau ketika berucap pada majlis itu berharap agar JKKK dan Biro Wanita yang menerima peruntukan daripada kerajaan BN agar memanfaatkan sepenuhnya peruntukan MRP itu.

Menurutnya, ini merupakan pusingan kedua buatnya menyalurkan MRP kepada rakyat di bawah pilihan rayanya pada bulan ini dan akan dilakukan lagi di kawasan lain selepas ini.

"Saya ingin mempastikan semua rakyat saya menerima peruntukkan MRP ini dan tiada sesiapa yang tertinggal dan saya akan menjelajah seluruh kawasan saya nanti.

Nyalau turut menambah bahawa peruntukan MRP ini secara tidak langsung membuktikan komitmen kerajaan BN menaik taraf hidup rakyat luar bandar.

Turut hadir dalam majlis itu JASA Parlimen Lubok Antu Jeffery Maba Ricky Maba, Pembantu Kebajikan Masyarakat Kanan Daerah Lubok Antu Geoffery Unding, wakil Ketua Polis Daerah Lubok Antu Inspektor Robert dan ketua kaum sekitar Lubok Antu.

Zon Undop juarai Piala Perak Yayasan <b>Sarawak</b> | BorneoPost <b>...</b>

Posted: 14 Sep 2011 06:54 PM PDT

Posted on September 15, 2011, Thursday

SRI AMAN: Pasukan Zon Undop muncul juara selepas menewaskan Zon Engkilili 1-0 pada perlawanan akhir bola sepak Kejohanan Piala Perak Yayasan Sarawak 2011 kategori Bawah 11 Tahun di Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Sri Aman, baru-baru ini.

Ini merupakan kemenangan kedua buat pasukan Zon Undop setelah muncul juara bagi kategori Bawah 12 Tahun yang diadakan di Lubok Antu pada Mac lalu.

Kejohanan anjuran Zon Lingga ini menyaksikan enam buah pasukan berentap dalam dua buah kumpulan iaitu Kumpulan A (Zon Undop, Sri Aman, Lingga) dan Kumpulan B (Zon Lubok Antu, Engkilili, Pantu).

Pegawai Pelajaran Dearah Sri Aman, Jamit Ajok diberi penghormatan untuk merasmikan majlis penutupan kejohanan serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pegawai Pelajaran Daerah Lubok Antu, Baba Minggu dan warga pendidik sekitar Sri Aman.

ads