Jumaat, 7 Oktober 2011

11 di limbang - Google Blog Search

11 di limbang - Google Blog Search


<b>Limbang</b> Destinasi Pelancongan Baru | <b>Di</b> Halaman <b>Limbang</b>….

Posted: 07 Oct 2011 03:22 PM PDT

"BOLEHKAH Limbang ni jadi pusat pelancongan yang menarik?" kata kawan aku yang masih tak dapat nak terima sikon yang ada di Limbang ini. Sebab, mungkin bagi kawan aku Limbang ni tak ada apa-apa nak dilihat tak seperti Miri(ambil contoh bandar yang hampir dengan Limbang), ada pantai, ada gua, ada banyak tempat membeli belah yang menarik dan pelbagai lagi tarikan bagi pelancong-pelancong dalam dan luar negara.

"Tapi di Limbang ni apa yang ada?" cetus kawan aku lagi. Aku lihat wajahnya macam mencari-cari apa yang menarik di Limbang ini. Boringlah di Limbang ni, semua tak ada. Jika dilihat usia kawan aku ni masih mentah lagi, masih dalam lingkungan 20′an. Aku fikir, budak muda sebegini biasanya memikirkan keseronokan dan kegembiraan serta benda-benda yang mengujakan naluri remaja.

Dengan seluar jeansnya yang lusuh, terlodeh sikit, menampakkan sikit seluar dalamnya berwarna merah menyala dengan jenama playboys. Yang mereka mahu seperti budak-budak muda sebegini, adanya tempat membeli-belah yang besar, ada pantai untuk mereka membawa kawan-kawan atau teman wanita, tempat permainan yang moden seperti di Sunway Lagoon dan yang bercirikan kebaratan.

Aku tak dapat nak salahkan mereka kerana mereka membesar dalam suasana  benda-benda ini wujud serta kemodenan dan pembangunan sedang subur. Dan pada zaman aku dulu pula, tak ada benda-benda macam ini. Aku rasa iatulah perbezaan yang menarik yang harus untuk aku gabungkan dalam pemikiran yang lama dan yang baru.

Mungkin perbezaan yang lebar begini boleh untuk kita fikirkan apa yang harus untuk Limbang wujudkan bagi mengenengahkan produk yang sesuai terutamanya dalam lapangan pelancongan yang boleh untuk Limbang mengambil dan merebut peluang. Seperti yang aku tahu dan cerita-cerita orang di sini, Limbang sebenarnya ada dan wujud tempat-tempat yang menarik boleh untuk kita lawati namun tiadanya promosi yang hebat dan meluas menyebabkan bandar Limbang tidak menjadi sasaran sebagai destinasi pelancongan.

Tempat-tempat yang menarik dan unik wujud di Limbang seperti kawasan berlumpur di Kampung Meritam, Bukit Buda di Ulu Medamit, perkampungan nelayan di Kampung Limpaku Pinang, lawatan ke kampung-kampung yang masih lagi mengekalkan ciri-ciri hidup  kekampungan seperti Kampung Pabahanan, Kampung Patiambun, Kampung Pahlawan, Kampung Medait, rumah panjang di Ulu Medamit dan kampung-kampung sepanjang sungai Limbang serta Kampung Seberang Kedai.

Dari tempat-tempat sebegini boleh diwujudkan pelbagai aktiviti yang menarik seperti homestay, mengenali kebudayaan tempatan(budaya Limbang berbeza dari bahagian-bahagian Sarawak yang lain kerana kacukan budaya dari Brunei, Sabah dan Sarawak), merentasi sungai Limbang menggunakan bot atau perahu untuk melihat perkampungan di sepanjang sungai Limbang, perkhidmatan perahu untuk memancing,melihat penduduk kampung menjalani kehidupan seharian seperti mengusahakan penangkapan ikan, udang, ketam, membuat produk hiliran dan produk kraftangan seperti tenunan, parang serta kraftangan yang lain.

Tempat-tempat menarik yang sudah dikenal pasti seperti Bukit Mas, pasar tamu, gerai uptown MARA(baru diwujudkan) air terjun Kampung Bakul, Muzium Limbang, Batu Danau dengan pesta Kerbau, dan beberapa lagi tempat yang menarik.

Keadaan sebeginilah yang akan merancak suasana ekonomi sesuatu tempat tapi perlu perancangan dan aturan yang sistematik serta kerjasama dari pihak-pihak yang terlibat. Mungkin keadaan sebeginilah yang boleh untuk menarik minat orang Limbang sendiri melabur "usin" mereka bagi pembangunan Limbang dan tarikan kepada pelancong-pelancong luar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads