Selasa, 6 September 2011

11 di saratok sarawak - Google Blog Search

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


Kempen Pencegahan Kebutaan <b>di Saratok</b>, 13-15 September <b>...</b>

Posted: 05 Sep 2011 07:08 PM PDT

Posted on September 6, 2011, Tuesday

SARATOK: Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit Pejabat Kesihatan Daerah Saratok dan Hospital Daerah Saratok akan menganjurkan Kempen Pencegahan Kebutaan Peringkat Daerah Saratok.

Kempen ini akan diadakan selama tiga hari berturut-turut bermula dari 13 September dan akan berakhir pada 15 September ini.

Program ini akan diada-kan di Dewan Masyara-kat Saratok dan bakal dirasmikan oleh Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan  Bandar dan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Abdul Wahab Aziz.

Menurut pihak penganjur program, objektif kempen ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai khususnya di bahagian Saratok ini merangkumi daerah kecil Kabong, Roban dan Nanga Budu mengenai kepentingan menjaga mata dan menjalani pemeriksaan mata.

Masalah mata dan penglihatan adalah merangkumi mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.

Antara aktiviti yang dijalankan pada masa kempen ini diadakan nanti adalah seperti memeriksa mata bagi semua orang yang mempunyai masalah mata dan penglihatan, memeriksa tekanan bebola mata bagi menyaring glaukoma, pemeriksaan rabun mata dan seterusnya  mengesyorkan pemakai-an cermin mata terutama bagi pelajar sekolah serta mengadakan pemeriksaan mata untuk semua pesakit diabetes untuk mencegah komplikasi kebutaan.

Orang yang patut hadir pada kempen ini nanti adalah masyarakat yang mempunyai masalah mata dan penglihatan dan mereka ini akan diperiksa oleh anggota-anggota kesihatan yang bertauliah terhadap perkara yang menjadi dasar  kempen, pakar mata dan pegawai Optometri yang dijemput dari hospital yang terdapat di negeri ini.

Sehubungan itu orang ramai yang ingin menjalani dan membuat pemeriksaan diingatkan agar membawa kad pengenalan, kad klinik dan bagi pesakit diabetes mereka dimohon membawa kad rawatan masing-ma-sing.

Pada masa yang sama juga, pesakit diabetes dinasihatkan agar membawa pengiring dan jangan memandu atau bermotosikal sendirian jika hendak membuat pemeriksaan mata.

Bagi pelajar sekolah pula mereka dinasihati agar membawa surat rujukan daripada pihak sekolah ataupun bersama ibu bapa atau penjaga mereka.

Tiada sebarang bayaran yang dikenakan kepada masyarakat yang hadir untuk mendapatkan rawatan pada hari tersebut.

Kempen ini nanti akan bermula dari jam 8 pagi hingga 4 petang untuk hari pertama dan hari kedua kempen manakala pada ketiga kempen ia akan berakhir pada jam 1 petang.

Orang ramai dan masyara-kat setempat yang ingin melakukan pemeriksaan mata dijemput hadir beramai-ramai semasa kempen ini diadakan untuk memanfaatkan peluang yang telah disediakan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads