Khamis, 8 September 2011

11 di lundu sarawak - Google Blog Search

11 di lundu sarawak - Google Blog Search


PBB Sematan, <b>Lundu</b> mahu Wan Junaidi kekal | BorneoPost Online <b>...</b>

Posted: 07 Sep 2011 10:53 PM PDT

Posted on September 8, 2011, Thursday

Joni Wahi

KUCHING: Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sematan dan Lundu menyatakan pendirian mereka mahu Ahli Parlimen Santubong, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dikekalkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Timbalan Pengerusi Ranting PBB Kampung Tembaga, Sematan Joni Wahi berkata, Wan Junaidi terbukti menunjukkan prestasi cemerlang sebagai wakil rakyat kawasan terbabit sejak beberapa penggal lalu.

Menurut Joni, perkhidmatan terbaik yang dicurahkan oleh wakil rakyat Santubong itu sememangnya tidak dapat dinafikan dan amat disenangi oleh rakyat kawasan terbabit.

"Saya menyeru kepada semua ahli-ahli parti (PBB) khususnya di kawasan Parlimen Santubong agar terus memberi sokongan padu kepada Wan Junaidi untuk dikekalkan sebagai wakil rakyat," katanya ditemui Utusan Borneo di kediamannya, Samariang di sini semalam.

Joni menarik perhatian bahawa Wan Junaidi merupakan seorang wakil rakyat yang berpengalaman dalam bidang politik, mudah didampingi, dihubungi dan senang berjumpa dengan rakyat.

Beliau berkata, Wan Junaidi yang merupakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat juga adalah wakil rakyat yang amat menitikberat masalah rakyat.

"Kami mengakui bahawa Wan Junaidi adalah wakil rakyat yang tidak mementingkan diri sendiri, sebaliknya mengutamakan masalah-masalah rakyat di kawasan beliau," katanya.

Menurut Joni, rakyat di kawasan Parlimen Santubong ternyata bangga mempunyai wakil rakyat yang berfikiran waras seperti Wan Junaidi.

Justeru, katanya, sumbangan besar yang diberikan oleh Wan Junaidi di kawasan Santubong ternyata telah memberikan impak besar dalam meningkatkan taraf hidup seluruh rakyat.

"Saya yakin Wan Junaidi masih mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat di kawasan Parlimen Santubong, jika pucuk pimpinan BN memberi peluang sekali lagi kepada beliau untuk mengekalkan kerusinya.

"Justeru, kami akan sentiasa berdiri teguh untuk memastikan BN akan terus menjadi kubu kuat di Parlimen Santubong," katanya sambil yakin rakyat kawasan terbabit terus memberikan sokongan padu kepada BN.

Joni yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) PBB Bahagian Opar juga berharap pucuk pimpinan BN Negeri dan Pusat akan mencalonkan semula Wan Junaidi sebagai calon BN bagi Parlimen Santubong pada PRU akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads