Rabu, 14 September 2011

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


Calon PRS diketahui tahun depan | BorneoPost Online | Borneo <b>...</b>

Posted: 13 Sep 2011 08:05 PM PDT

Posted on September 14, 2011, Wednesday

PANTU: Senarai calon yang bakal bertanding di enam kerusi Parlimen milik Parti Rakyat Sarawak (PRS) bagi mengibarkan bendera Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan diketahui tahun depan.

Presidennya, Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata, buat masa ini beliau selaku presiden parti akan turun padang untuk enam kerusi tersebut bagi mengetahui tindak balas rakyat serta prestasi kerja wakil rakyat di kawasan masing-masing.

Enam buah kerusi Parlimen milik PRS ialah Parlimen Lubok Antu (William Nyalau Badak), Sri Aman (Masir Kujat), Julau (Datuk Joseph Salang Gandum), Selangau (Datuk Joseph Entulu Belaun) dan Hulu Rajang (Datuk Billy Abit Joo).

Menurutnya, calon yang akan disenaraikan nanti akan dibuat setelah selesai menjelajah enam kawasan itu kelak.

"Kemudian barulah senarai nama calon itu akan dikemukakan kepada Pengerusi BN Negeri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Pengerusi BN Pusat Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapat kelulusan muktamad.

"Setelah saya melawat enam kawasan tersebut bagi mendapat maklumat rakyat di kawasan berkenaan barulah saya serahkan senarai nama calon kami itu kepada Taib dan Najib untuk mendapat kelulusan muktamad," katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Tanah berkata demikian dalam sidang media selepas selesai merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Lindang Jemat, Lachau Ili, Pantu, Sri Aman, Ahad lalu.

Buat masa ini antara lokasi pertama yang beliau sudah lawati ialah Lubok Antu dan Sri Aman dan seterusnya Julau, Selangau, Kanowit dan Hulu Rajang.

Sementara itu kata Masing, beliau sudah mengemukakan senarai nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PRS bagi mengisi kuota menteri dan menteri muda dalam rombakan kabinet Sarawak akan datang.

Kabinet Negeri Sarawak dijangka dirombak semula bulan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads