Selasa, 6 September 2011

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


Seramai 73 pemilik tanah terima pampasan berjumlah RM945,460 <b>...</b>

Posted: 22 Aug 2011 08:19 PM PDT

LUBOK ANTU: Seramai 73 pemilik tanah dari kawasan Lubok Antu menerima pampasan berjumlah RM945,460 di dewan serba guna Lubok Antu baru-baru ini.

Mereka adalah pemilik tanah yang tanah mereka diguna untuk tujuan Projek Jalan Lubok Antu/ Lemanak, Lubok Antu, Projek Jalan Lubok Antu/ Wong Pandak/Wong Panjai, Lubok Antu dan Tapak 33KV SESCo Substation Batang Ai.

Dalam majlis itu juga seramai 370 pemilik tanah Skim Penempatan Semula Batang Ai, Lubok Antu menerima surat hak milik tanah bagi tujuan lot pertanian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai Malcom Mussen Lamoh telah diberi penghormatan untuk menyampaikan cek pampasan itu kepada para penerima.

Mussen ketika berucap dalam majlis itu berkata, proses pembayaran pampasan akan mengambil masa memandangkan ia harus melalui prosedur tertentu bagi tujuan itu.

"Saya berharap agar para pemilik tanah yang menerima wang pampasan ini mengunakan wang tersebut dengan baik," katanya.

Mussen turut menambah bahawa kerajaan akan tetap membayar pampasan kepada rakyat setelah tanah mereka digunakan oleh kerajaan untuk tujuan pembangunan.

Turut hadir dalam majlis itu Pegawai Daerah Lubok Antu Jack Aman Luat, Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sri Aman Mohamad Razali Arshad dan pegawai kerajaan yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads