Sabtu, 27 Ogos 2011

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


<b>Padawan</b> Raft Safari 2011 kembali, tawar gelaran &#39;Raja <b>...</b> - my <b>Sarawak</b>

Posted: 24 Aug 2011 08:06 PM PDT

Posted on 25 August 2011.

KUCHING: Aktiviti tahunan terulung Majlis Perbandaran Padawan (MPP), 'Padawan Raft Safari 2011' akan diadakan pada 30 Oktober ini dengan kali ini salah satu pasukan bakal menerima gelaran 'Raja Sungai Semadang' iaitu di Sungai Sarawak Kiri.

Pengerusi penganjur, Kaunselor Isabell Julau Megat berkata perlumbaan pada kali ini dijangka lebih mencabar dengan pertambahan jumlah penyertaan dalam pelbagai kategori.

"Tahun ini, kita menjangkakan lebih banyak penyertaan berbanding tahun lepas dan saya yakin sungai kita mampu menampung pertambahan tersebut," katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Hadir sama ialah Pengerusi MPP Lo Khere Chiang, Setiausaha MPP Michael Saweng, Pengerusi Penganjur Wadel Boyod dan ketua-ketua kampung terlibat.

MPP mensasarkan pertambahan penyertaan tahun ini kepada 500 penyertaan di mana tahun lepas aktiviti tersebut telah merekodkan 436 penyertaan, dengan dua penyertaan merupakan pasukan antarabangsa (pelancong asing).

Menurut Isabell, tahun ini, MPP juga menambah satu lagi kategori rakit iaitu kategori 'Expert' dengan tawaran hadiah lebih tinggi kepada pemenang.

Katanya, hadiah untuk johan ialah wang tunai bernilai RM3,000, RM2,000 – naib johan, RM1,000 – ketiga dan RM200 untuk setiap 10 pemenang saguhati.

Kategori rakit lain ialah terbuka lelaki, wanita, jabatan kerajaan, agensi pelancongan dan hotel.

Bagi kategori lelaki, hadiah yang ditawarkan ialah wang tunai bernilai RM2,000 untuk johan, RM1,500 – naib johan, RM700 – ketiga dan RM100 kepada setiap 15 pemenang hadiah saguhati.

Turut diadakan ialah kategori kayak terbuka yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 untuk johan, RM700 – naib johan, RM500 – ketiga dan RM100 kepada setiap lima pemenang saguhati.

Selain aktiviti di sungai, 'Padawan Raft Safari 2011' turut diselitkan dengan aktiviti kebudayaan apabila memperkenalkan pertandingan tarian tradisional untuk tarikan pengunjung khususnya para pelancong asing.

Malah, pertandingan tersebut juga menawarkan hadiah kepada setiap pemenang tempat pertama sehingga ketiga iaitu RM400, RM200 dan RM100 berserta piala dan RM50 kepada lima pemenang hadiah saguhati.

Untuk upacara pelepasan peserta, kategori 'pakar' atau mahir dan kayak akan bermula di Kampung Annah Rais, Padawan dan ia dijangka disempurnakan oleh ADUN Tarat Roland Sagah Wee Inn.

Manakala pelepasan peserta kategori terbuka lelaki akan diadakan di Kampung Temurang sementara kategori terbuka wanita, jabatan kerajaan, agensi pelancongan dan hotel akan bermula di Kampung Danu, di mana kedua-duanya akan disempurnakan oleh ADUN Bengoh Dr Jerip Susil.

Kesemua kategori juga akan menamatkan perlumbaan di Kampung Git dan di situ juga akan berlangsungnya upacara penutupan yang dijangka disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan yang juga Ahli Parlimen Mambong, Datuk Dr James Dawos Mamit.

Bayaran pendaftaran untuk setiap pasukan bagi kategori 'Expert' ialah sebanyak RM200 (merangkumi insuran kemalangan peribadi dan kerosakan rakit), RM140 bagi kategori terbuka yang lain (merangkumi insuran kemalangan peribadi dan kerosakan rakit), RM60 untuk kategori kayak (merangkumi insuran kemalangan peribadi) dan RM30 untuk pertandingan tarian tradisional.

Permohonan untuk penyertaan mula dibuka pada 1 September hingga 21 Oktober, di mana borang penyertaan boleh didapati di MPP atau melalui laman sesawang www.mpp.gov.my

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Isabell di talian 019-8498 413, pengerusi penganjur kaunselor Wadel Boyod (013-818 4550) atau setiausaha penganjur Lim Kim Hin (019-8592 432).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads