Isnin, 29 Ogos 2011

11 di kanowit sarawak - Google Blog Search

11 di kanowit sarawak - Google Blog Search


RMK-10: RM160 juta untuk pembangunan pendidikan MARA <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 26 Aug 2011 10:53 PM PDT

SUMBANGAN RAYA: Shafie (dua kiri) dan Abang Johari (kiri) menyampaikan sumbangan raya kepada penerima.

Ia adalah peruntukan di bawah MARA bagi tujuan pembangunan pendidikan di Sarawak

KUCHING: Kerajaan persekutuan telah memperuntukkan kira-kira RM160 juta di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi tujuan pembangunan pendidikan di Sarawak.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, peruntukan yang disalurkan melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) itu merangkumi penubuhan beberapa pusat GIATMARA di seluruh negeri.

"Ia meliputi penubuhan pusat GIATMARA seperti di Kanowit, Limbang, Hulu Rajang, Igan, Lanang dan Bandar Kuching.

"Ia termasuk program pembesaran dan peningkatan melibatkan 12 pusat GIATMARA di Sarawak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menyampaikan sumbangan raya dan buka puasa yang dihadiri Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dan Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Fadillah Yusof di Institut Kemahiran MARA di sini, malam semalam.
Usaha itu, kata Shafie sejajar dengan kehendak kerajaan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan pendidikan anak-anak di negara ini.

"Pastikan anak-anak kita berpengetahuan untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa," katanya sambil menambah ia juga sebagai persediaan menghadapi cabaran gelombang ekonomi dan politik negara.

Shafie dalam pada itu memberitahu bahawa kerajaan persekutuan, selain itu turut meluluskan sebanyak 183 permohonan di negeri ini sebagai program keusahawanan MARA.

Ia kata beliau bagi Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SpiKE) dan Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (3P) dengan melibatkan hampir RM15 juta peruntukan.

"Salah satu daripada usaha yang turut dilakukan oleh kementerian adalah usaha membaik pulih rumah dan kediaman penduduk miskin termasuk di Kuching," tegasnya.

Menurut beliau lagi, program yang dijalankan GIATMARA dengan memberi bantuan baik pulih rumah adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk menghulurkan bantuan agar kediaman rakyat termiskin dibela sewajarnya.

Tambahnya, beliau telah mengarahkan kepada pihak GIATMARA untuk mengenal pasti dan mengesan masyarakat yang perlu dibantu melalui projek Bina Baru (BB) dan Baik Pulih (BP) di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) GIATMARA.

"Pada tahun ini, bagi projek BB kita anggarkan sebanyak 128 buah rumah disiapkan manakala projek BP pula melibatkan sebanyak 965 buah rumah di seluruh Sarawak," kata Shafie.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, ADUN Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi dan ADUN Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni.

- UB

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads