Ahad, 14 Ogos 2011

11 di kanowit sarawak - Google Blog Search

11 di kanowit sarawak - Google Blog Search


RUMAH PANJANG LEO MOGGIE <b>KANOWIT SARAWAK</b> <b>...</b>

Posted: 26 Jul 2011 10:24 PM PDT

Number of view298

KANOWIT: Rumah panjang pengerusi Tenaga Nasional Bhd Tan Sri Leo Moggie di Bejait, kira-kira 45 minit perjalanan darat dari sini, musnah dalam satu kebakaran petang semalam.

Anak saudaranya Nelson Jaun ketika dihubungi berkata seluruh rumah panjang yang mempunyai kediaman 29 pintu itu dijilat api kira-kira 10 minit selepas kebakaran bermula pada kira-kira pukul 6 petang.

Beliau berkata api merebak dengan pantas ekoran musim kemarau yang sedang melanda ketika ini, memusnahkan rumah panjang itu yang boleh diangap paling moden di daerah sini.

Ketua pegawai operasi bomba Douglas Graji ketika dihubungi di pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Kanowit di sini berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada kira-kira pukul 6.28 petang.

"Satu pasukan 11 anggota yang diketuai pegawai bomba Mutton anak Gelunggang sampai di rumah panjang yang berusia kira-kira 10 tahun itu pada kira-kira pukul 7.17 petang, namun ia sudah tidak dapat diselamatkan lagi," katanya dan menambah api dapat dipadamkan kira-kira sejam kemudian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Hot Keywords:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads