Khamis, 28 Julai 2011

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: <b>di negeri sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Jul 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Bakun: Terpulang kepada kerajaan <b>negeri</b> mahu naik <b>...</b> - My <b>Sarawak</b>

Posted: 10 Jul 2011 04:45 PM PDT

Posted on 11 July 2011.

PETER CHIN

MIRI: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air tidak mempunyai kuasa ke atas tarif elektrik di negeri Sarawak walaupun selepas projek Empangan Hidroelektrik Bakun (Empangan Bakun) siap sepenuhnya kelak.

Menterinya, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata soal kenaikan tarif elektrik di Sarawak adalah di bawah kerajaan negeri dan ia terpulang kepada mereka (kerajaan negeri Sarawak) dan pihaknya tidak akan campur tangan atau memberi sebarang komen berhubung perkara tersebut.

"Saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi kerana tarif itu bukan di bawah bidang kuasa kementerian. Setakat ini, kementerian sudah menaikkan tarif di Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas sesi bertemu rakyat di ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di sini semalam.

Mengenai Empangan Bakun pula katanya, apabila siap sepenuhnya kelak ia akan memanfaatkan pelbagai industri khususnya di kawasan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE).

"Empangan itu bukan sahaja membekalkan sumber tenaga yang banyak malah lebih murah berbanding apa yang perlu dibayar oleh industri di Semenanjung Malaysia. Ini sudah pasti akan menguntungkan sektor industri di Sarawak," katanya.

Terdahulu Chin dalam sidang media menambah, kementerian dalam usaha  meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga di kalangan rakyat termasuk menggunakan peralatan elektrik yang cekap tenaga.

Ujarnya, baru-baru ini kementerian telah meluluskan peruntukan sebanyak RM50 juta untuk merangsang amalan cekap tenaga di bawah program Pencapaian Mapan Melalui Tenaga Cekap (SAVE) untuk meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga.

"Rakyat Malaysia menggunakan purata 34 peratus lebih banyak tenaga berbanding rakyat di negara-negara lain di Asia. Justeru kita harap SAVE ini dapat meningkatkan penggunaan tenaga secara cekap," tambah beliau lagi.

"Melalui penggunaan tenaga yang cekap, kita tak perlu berbelanja besar untuk membina loji tenaga yang baharu setiap dua tahun," ujar beliau.

Dalam perkembangan lain, Chin memberitahu kementerian akan mengadakan jerayawara di enam kawasan di seluruh negara merangkumi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak untuk menyebarkan maklumat dan pendidikan kepada pengguna mengenai rebat program SAVE yang mengutamakan alam sekitar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads