Sabtu, 9 Julai 2011

11 di betong sarawak - Google Blog Search

11 di betong sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di betong sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Jun 2011 12:00 AM PDT

Posted on 10 June 2011.

BERI PENERANGAN: David sedang menyampaikan taklimatnya tentang kerja-kerja menyukat tanah NCR kepada penduduk di Kampung Tambak, Pusa dan sekitarnya.

BETONG: Jabatan Tanah dan Survei (JTS), Betong masih meneruskan usaha mengukur tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) milik komuniti Melayu di kawasan Simpang Tambak, Sungai Keda, Bukit Kuap, Pusa di bawah Program Inisiatif Baru NCR.

Bagi memberikan lebih pengertian dan pemahaman kepada masyarakat setempat, JTS Betong telah pun menganjurkan satu majlis dialog di Masjid Kampung Tambak, Pusa untuk memaklumkan kepada komuniti Melayu di Kampung Tambak dan sekitarnya mengenai apa yang dimaksudkan dengan Inisiatif Baru NCR.

Pegawai Tanah, JTS Bahagian Betong, David Laeng berkata, penduduk Kampung Tambak, Pusa dan sekitarnya sangat bertuah dan sepatutnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah meluluskan kawasan NCR mereka disukat di bawah program Inisiatif Baru NCR.

Dalam taklimatnya, langkah pertama yang diambil oleh JTS adalah untuk menjalankan kerja ukur keliling kawasan NCR mereka dan seterusnya mewartakannya sebagai Rezab Gunasama Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri.

Salinan warta tersebut akan diserahkan kepada penghulu dan ketua-ketua kampung sebagai bukti daripada kerajaan bahawa NCR tersebut adalah milik mereka yang sah.

Justeru itu, David Laeng merayu kepada penghulu, ketua-ketua kampung serta pemilik-pemilik tanah NCR agar memberi kerjasama kepada JTS dalam menentukan sempadan tanah NCR mereka dan tindakan mereka tersebut secara tidak langsung akan membolehkan kerja-kerja menyukat ukur keliling kawasan mereka dipercepatkan.

Untuk langkah kedua, JTS akan menjalankan kerja-kerja pengukuran lot-lot individu dan sekali lagi disarankan agar pemilik tanah NCR dapat memberi kerjasama bagi menentukan sempadan tanah masing-masing.

Hasil daripada kerja-kerja tersebut kelak, JTS akan mengeluarkan surat hak milik tanah kekal di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri tanpa mengenakan sebarang bayaran.

Hasil daripada Inisiatif Baru NCR ini, dua buah kawasan iaitu Entebu, Selambong dan Bajau di Saratok serta Sungai Ensuri di Beladin telah pun diwartakan sebagai Rezab Gunasama Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri.

"Bagaimanapun menerusi inisiatif baru sejak bulan Julai tahun lalu, Kerajaan Negeri dengan bantuan Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk meneruskan kerja pengukuran lebih meluas demi memastikan rakyat Bumiputera dalam kawasan pedalaman turut menikmati faedahnya dari semasa ke semasa," katanya pada majlis dialog tersebut pada baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah wakil Penguasa JTS, Betong, Barau Gelayan, Ketua Kaum Sulaiman, wakil Juruukur, Mohd Sulong Othman serta 140 orang penduduk Kampung Tambak, Pusa dan sekitarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads