Sabtu, 11 Jun 2011

11 di bau sarawak - Google Blog Search

11 di bau sarawak - Google Blog Search


Sandakan dan <b>Bau</b> Dalam Radar Misi

Posted: 09 Jun 2011 09:41 PM PDT

Julai ini menjadi medan Kelab Misi untuk melabuhkan lagi sauh mereka di kedua-dua buah negeri yang terpisah dengan semenanjung. Negeri Sabah dan sarawak juga merupakan negeri yang bernaung di bawah nama negara Malaysia. Negeri-negeri ini juga merupakan negeri kelahiran rata-rata ahli kelab Misi UIAM.

Sauh bahtera kelab ini akan mendarat di dua kawasan iaitu Sandakan, Sabah dan Bau, Sarawak. Bermula dengan program Educational Hearten Camp yang dahulunya dikenali sebagai English & Dakwah Camp iaitu dari 8 Julai sehingga 10 Julai bertempat di Sandakan, Sabah. Lebih spesifiknya adalah di Sekolah Menengah Agama Kebangsaan Sandakan.

Menurut Presiden kelab Misi, saudara Usman bin Suardi, pertukaran nama program ini bukan kerana suka-suka. Ini adalah kerana nama sebelum ini membuatkan ramai orang konfius dengan perjalanan program. Maka namanya diubah bagi menampakkan konsep dakwah yang dibawa lebih luas dan universal.

Cecep di sebelah kiri Penulis dalam satu program yang dianjurkan kelab Misi

"Program kali ini memerlukan tenaga yang ramai. Maka, sebab itulah kami membawa 40 orang mahasiswa UIAM khususnya ahli kelab kami terbang ke sana untuk mengendalikan program yang melibatkan seramai 250 orang. Pelajar-pelajar ini datangnya dari tingkatan 3 hinggalah tingkatan 5," jelas Usman yang lebih dikenali sebagai Cecep.

Usman juga menerangkan bahawa program ini memang betul-betul menekankan unsur dakwah dalam setiap modul yang diperkenalkan. Maka, program kali ini telah membawa beberapa konsep di antaranya, konsep motivasi, kekuatan spiritual (dalaman), meneroka keyakinan diri, dan ski kepimpinan.

Lain pula halnya dengan satu lagi program yang juga dijalankan oleh kelab yang sama, di bawah pimpinan presiden yang sama, Usman bin Suardi. Program yang dikenali sebagai DESA atau Dakwah Exploration at Sarawak ini akan membuka tirai pada 20-26 Julai ini. Program DESA 2011 ini akan mengambil tempat yang berbeza, tidak seperti sebelum ini iaitu di Simunjan, Sarawak. Tempat yang dianjurkan oleh Unit Saudara Kita (USK) ialah Kampung Kendie dan Kampung Tembawang.

"Kedua-dua kampung ini merupakan kampung yang dipilih oleh USK. Ini kerana merekalah yang kami selalu berhubung untuk mendapatkan informasi mengenai kampung-kampung di Sarawak  yang memerlukan perhatian mahasiswa UIAM. Di dalam maklumat yang kami dapat, Kampung Tembawang mempunyai sedikit masalah dengan politik kampung mereka. Ini kerana di kampung tersebut turut didiami oleh lebih 10 keluarga Muslim iaitu saudara baru," terang Usman lagi.

Menurut Usman lagi, kedua-dua kampung berkenaan didiami oleh 100% penganut kristian. Namun kini, minoriti penduduknya sudah pun memeluk Islam.

"Maka, kerana itulah USK memilih kampung ini untuk kami jalankan program DESA kami. Kami harap orang kampung terutamanya minoriti muslim di sana terus bersemangat untuk menjalani ibadah sebagai seorang muslim."

Harapan Usman juga, agar setiap program yang dianjurkan oleh MISI terutamanya program Education Hearten Camp akhirnya menjadi satu projek yang berjangka panjang untuk Kelab Misi seperti projek mentoring yang dianjurakn oleh kelab-kelab lain.

Usaha-usaha untuk menjalankan kedua-dua program ini berjalan dengan lancar. Semua mesyuarat sudah pun dibuat, gerakan komiti juga sangat mengagumkan Usman sebagai ex-officio kepada kedua-dua program tersebut. Katanya lagi, kini kelab MISI sedang rancak mencari dana tambahan untuk membuat persiapan sepenuhnya bagi kedua-dua program di Sandakan dan juga di Bau.

Bagi sesiapa yang ingin menyumbang bantuan dari segi kewanagn atau material lain, silalah ajukan pertanyaan kepada presiden Kelab MISI, Usman Suardi di talian 014-8754579.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads